Powered by Blogger.

Blog Pembentangan Kumpulan

Headline

Monday, January 9, 2012

JURNAL REFLEKSI MINGGU 1

Tatkala mendengar perkataan muzik, terdetik dihati apa yang harus saya lakukan supaya saya tidak perlu mempelajari subjek ini. Satu tekanan buat saya. Saya sudah membayangkan simbol-simbol pelik yang perlu difahami dan alangkah bagusnya sekiranya "mr. google transleter" mampu menafsirkan makna disebalik simbol-sombol yang mampu membuatkan saya ternganga.
Namun, igauan mimpi ngeri itu perlahan-lahan lenyap bersama getaran suara En. Amran, pensyarah yang mengajar kami bagi subjek MZU3104 ini. Beliau menyatakan bahawa, muzik bukan sekadar muzik namun lebih daripada itu. Beliau telah mebuka kedua-dua mata saya yang selama ini hampir tetutup dengan igaun mimpi ngeri selama ini. Muzik ini bukan sekadar alunan muzik yang indah tetapi turut menyumbang dalam proses pembelajaran murid-murid di sekolah terutamanya dalam perkembangan emosi mereka. Hal ini selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Saya pasti, ramai yang bersetuju sekiranya saya menyatakan matapelajaran ini sering dipandang enteng oleh "mereka" yang hanya memandang kepada pencapaian intelektual semata-mata. Kadangkala, terdapat sesetengah "mereka" ini yang menggantikan kelas muzik dengan kelas yang diaggap lebih penting untuk peperikasaan. Tanpa kita sedar, kita telah menyekat perkembangan murid-murid yang sepatutnya berkembang sebagai kanak-kanak biasa yang pelu diberi perhatian dari segala aspek.
Kuliah pada minggu ini lebih kepada memperkenalkan kami kepada apa yang akan kami pelajari sepanjang semester ini. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Ada yang menarik dan ada juga yang berjaya membuatkan saya kembali dihantui ingaun mimpi ngeri saya terutamanya topik-topik yang melibatkan teori-teori dari tokoh-tokoh yang pastinya "mencabar" minda dan mata saya.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha dan memerah otak yang hampir berkarat serta menyemai benih-benih cinta kepada subjek ini supaya saya dapat mendalami makna-makna tersirat yang pastinya bermakan kepada saya untuk diaplikasikan apabila saya menjadi guru kelak.


Teruskan Membaca...

Twitter

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

fitrimzu3104 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template